Sebagai pelajar tahun ketiga yang cukup syarat, diwajibkan bagi kami untuk untuk isi borang Engineering Industrial Training (EIT) atau lebih mudah borang untuk latihan intensif(LI).Senang citer "praktikal".Dalam aku dok kalut nak isi borang ni, aku kena jugak buat resume pasal diri aku yang tersedia hensem ni campur dengan transkrip "result" aku dari mula aku blaja kat universiti sampai la hari ni.
Bukan niat aku nak cerita pasal transkip, pasal kalut dok isi borang EIT, tapi pasal resume yang aku buat, yang aku dok reka, yang aku ingat balik ape yang aku blaja (kawan aku cakap resume aku tak lengkap).
Buat resume hari ni ajar aku banyak bende.Buat aku sedar perjalanan aku amat jauh.Tunjukkan aku ape yang dah aku buat dalam hidup aku semenjak aku digelar "pelajar" yang selama ni aku tak sedar dan tak pernah nak amik tahu.Bagitahu aku sape diri aku yang sebenarnya.
Dari sekeping kertas, baru aku tahu apa itu erti hidup.Aku blaja macam mana nak teruskan hidup dan aku belajar apa yang aku perlukan untuk terus hidup.Pasal keputusan "exam" aku tak nak citer la pasal pointer aku dapat tak sebaik kawan aku yang lain.Tapi aku bersyukur dengan apa aku dapat dan selagi aku usaha insyaallah aku dapat lebih dari apa yang aku penah dapat.Ini yang aku blaja dan dapat aku simpulkan dari sekeping kertas yang diberi nama "RESUME".
p/s: UPSR aku 5A
No comments:
Post a Comment