Wednesday 7 December 2011

Gua, "Cleaner" dan "Engineer"(untuk mereka yang malas sahaja)


Kali ni gua nak cerita pasal cleaner dan juga engineer.Pasal ape gua nak cakap pasal 2 orang ni sebab mereka adalah antara orang yang berpengaruh dalam hidup gua.

Cleaner sape yang tak kenal.Orang yang hari-hari dok bersih kawasan kat sekeliling kita tak kire sekolah,rumah, pejabat bahkan jamban yang korang selalu dok guna pon diorang cuci.Engineer lain pulak.orang yang dok reka, orang yang dok pecah kepala hari-hari dok pikiaq macam mane nak buat bende tu bende ni.Itu la yang gua faham pasal dua orang ni.

Tapi untuk pengetahuan semua orang, gua akui gua lebih respek kerje(ade yang pandang hina)cleaner dari engineer.Sebab apa ni gua nak habaq mai.

1-Untuk jadi seorang cleaner, tak perlu nak blajaq tinggi-tinggi sampai pegi oversea semata-mata nak kerja jadi cleaner.Blajaq sekolah biasa pon ade peluang cerah nak jadi cleaner.Tak payah nak pecah kepale blajaq siang malam semata-mata nak ambil PhD dalam bidang ni memang tak de ditawarkan kat mane-mane universiti dalam mahupun luar negara.Lain pulak dengan engineer.Blajaq siang malam,hujan panas semata-mata nak jadi engineer.

2-Gaji seorang cleaner same saje tak kire diorang rajin atau malas.Tak payah nak usaha lebih-lebih,buat je ape yang termampu.Paling penting gaji dapat tiap-tiap bulan. Engineer pulak tak payah nak cakap la.Gaji berpuluh-puluh ribu tapi nak dapat gaji banyak tu kena la usaha lebih.Kalau tak mane la dapat banyak tu.

3-Masa bekerja cleaner ni takde la teruk sangat.Bangun pagi pegi keje,petamg dah boleh balik.Balik pon ade van yang datang nak anta balik rumah.Kalau engineer,pagi kerja, malam belum tentu dah boleh balik.Dah la balik kena pandu sendiri kenderaan diorang.Kan serabut tu.

4-Untuk cleaner,ruang kerje diorang memang khas untuk diorang je.tak payah nak kena tukar-tukar tempat(kalau tukar pon masih dalam bangunan yang sama).Lain pulak engineer yang  ke hulu ke hilir nak tengok kawasan yang diorang nak guna, pegi sana sini periksa bahan .

5-Bende yang paling penting bagi gua dan jarang berlaku kat cleaner tapi banyak berlaku kat engineer.RASUAH.Ade ke korang tengok surat khabar atau televisyen yang citer pasal cleaner kena tangkap Badan Pencegah Rasuah(BPR) pasal makan rasuah.Masuk berita pasal diorang bagi rasuah lagi la gua tak pernah dengar. Kalau Berita pasal engineer makan rasuah banyak pulak walaupun jarang-jarang masuk tv dan surat kabar.

Itulah yang dapat gua simpulkan untuk hari ini.Mesti korang marah kalau baca ayat gua ni terutama para engineer dan juga bakal engineer.Satu je yang gua nak cakap"selamat beramal dan belajar rajin-rajin"

sekian.

1 comment:

faaizz d. zul said...

gua rasa kerja cleaner ni mulia. kan?


oi, bila nak buang "-" kat url blog ko ni?
payah benor nak search. XD