Tuesday, 27 December 2011

Satu ciri menarik
Bendera
Malaysia
Singapura
Indonesia
Thailand
Berkongsi satu persamaan

JALUR MERAH

Walaupun berlainan bangsa dan negara
Kita tetap sama
 
p/s: Bukan kempen 1 Malaysia !!!

Thursday, 22 December 2011

Malang Memang Takde Bau

aku jatuh motor
kawan aku tunggang
aku bonceng
baru balik dari tempat makan
waktu tu gelap
waktu maghrib tambah pulak mendung
memang gelap
balik kami ikut jalan pintas
lorong pejalan kaki
masa tu takde pejalan kaki
kami guna selambe
entah macam mana terjadi
ribut angin takde
motor kitorang naik jatuh
kami jatuh terhumban
seorang pemandu perempuan nak tolong
Bro, ok ke??
beliau tanya
aku dengan selamba angkat ibu jari(thumb up)
maknenye ok la tu
beliau pergi
kaki kiri ku 'injurt' lagi
seluar koyak
lutut penuh dengan darah merah
kawan aku
bengkak kaki
motor
pemijak bengkok tapi masih hidup
balik bilik
aku cari ubat luka
kawan aku
kaki bengkak
pergi klinik berdekatan
kaki beliau di balut
tapi kami syukur
"ALHAMDULILLAH"
biar luka penuh d badan
yang penting nyawa kami masih di badan
YA
kami masih hidup

p/s:Perjalanan kejadian yang aku singkatkan.Sebuah kisah benar yang aku gubah menjadi tidak benar.

Wednesday, 21 December 2011

tingkapku di tepi jalan (khas untuk lelaki sahaja)



tingkapku di tepi jalan
setiap hari orang lalu lalang
terutama lelaki yang suka berjalan
lelaki seksi turun ke padang

tingkapku di tepi jalan
ku lihat ramai yang lalu lalang
banyaknya lalu di waktu petang

tingkapku di tepi jalan
lelaki seksi jadi perhatian
seluar pendek jadi renungan
badan sasa jadi igauan

tingkapku di tepi jalan
lagi seluar pendeknye ku perhatikan
pinggul yang mantap semakin kelihatan
bergerak pantas bile berjalan

tingkapku di tepi jalan
setiap petang ku lihat dia lalu lalang
buat hati ku jadi tak senang
ingin rasanya aku berkenalan

tingkapku ditepi jalan
hari ini kuperhatikan
takkan jemu ku memandang
hingga dia dalam dakapan


p/s mari bersama kita menutup aurat. Biarpun dalam kalangan lelaki, masih ada "golongan" lain yang memandang dan seriously aku tak gay.PEACE..

Sunday, 18 December 2011

Aku tahu bahasa aku pelik
Aku tahu cerita aku tak baik,
Aku tahu aku di herdik,
Aku tahu pemikiran aku tak cerdik,

Yang penting aku tahu hidup aku tak terbalik,
TERBAIK!!!

p/s: ALHAMDULILLAH...Aku masih normal

Friday, 16 December 2011

DIMANA KAU DUIT

dunia sekarang
penuh dengan kebendaan
penuh dengan kemewahan
penuh dengan kemiskinan
penuh dengan penyelewengan

wang ringgit menjadi raja
harta menjadi senjata
manis berjanji hanya kata
hati budi dibiarkan saja

kalau la daun itu wang ringgit
kalau la batu-batu itu syiling
kalau la pepasir itu emas yang boleh di sapu
dunia sekarang pasti tak seperti sekarang

apa maknanya semua itu
dimana nilai wang ringgit jika ianya seperti daun
apa makna syiling itu jika ianya seperti batu
berapa harga emas jika ianya seperti pepasir

bangun la wahai teman
bangkit la wahai sahabat
sedar la wahai saudara

wang ringgit bukan segala
harta benda takkan kemana
hati budimu semai la ia
agar hidupmu selamat sejahtera

p/s: frust sebab duit ptptn habis.

Resume Oh Resume

Sebagai pelajar tahun ketiga yang cukup syarat, diwajibkan bagi kami untuk untuk isi borang Engineering Industrial Training (EIT) atau lebih mudah borang untuk latihan intensif(LI).Senang citer "praktikal".Dalam aku dok kalut nak isi borang ni, aku kena jugak buat resume pasal diri aku yang tersedia hensem ni campur dengan transkrip "result" aku dari mula aku blaja kat universiti sampai la hari ni.

Bukan niat aku nak cerita pasal transkip, pasal kalut dok isi borang EIT, tapi pasal resume yang aku buat, yang aku dok reka, yang aku ingat balik ape yang aku blaja (kawan aku cakap resume aku tak lengkap).

Buat resume hari ni ajar aku banyak bende.Buat aku sedar perjalanan aku amat jauh.Tunjukkan aku ape yang dah aku buat dalam hidup aku semenjak aku digelar "pelajar" yang selama ni aku tak sedar dan tak pernah nak amik tahu.Bagitahu aku sape diri aku yang sebenarnya.

Dari sekeping kertas, baru aku tahu apa itu erti hidup.Aku blaja macam mana nak teruskan hidup dan aku belajar apa yang aku perlukan untuk terus hidup.Pasal keputusan "exam" aku tak nak citer la pasal pointer aku dapat tak sebaik kawan aku yang lain.Tapi aku bersyukur dengan apa aku dapat dan selagi aku usaha insyaallah aku dapat lebih dari apa yang aku penah dapat.Ini yang aku blaja dan dapat aku simpulkan dari sekeping kertas yang diberi nama "RESUME".


p/s: UPSR aku 5A

Wednesday, 7 December 2011

Gua, "Cleaner" dan "Engineer"(untuk mereka yang malas sahaja)


Kali ni gua nak cerita pasal cleaner dan juga engineer.Pasal ape gua nak cakap pasal 2 orang ni sebab mereka adalah antara orang yang berpengaruh dalam hidup gua.

Cleaner sape yang tak kenal.Orang yang hari-hari dok bersih kawasan kat sekeliling kita tak kire sekolah,rumah, pejabat bahkan jamban yang korang selalu dok guna pon diorang cuci.Engineer lain pulak.orang yang dok reka, orang yang dok pecah kepala hari-hari dok pikiaq macam mane nak buat bende tu bende ni.Itu la yang gua faham pasal dua orang ni.

Tapi untuk pengetahuan semua orang, gua akui gua lebih respek kerje(ade yang pandang hina)cleaner dari engineer.Sebab apa ni gua nak habaq mai.

1-Untuk jadi seorang cleaner, tak perlu nak blajaq tinggi-tinggi sampai pegi oversea semata-mata nak kerja jadi cleaner.Blajaq sekolah biasa pon ade peluang cerah nak jadi cleaner.Tak payah nak pecah kepale blajaq siang malam semata-mata nak ambil PhD dalam bidang ni memang tak de ditawarkan kat mane-mane universiti dalam mahupun luar negara.Lain pulak dengan engineer.Blajaq siang malam,hujan panas semata-mata nak jadi engineer.

2-Gaji seorang cleaner same saje tak kire diorang rajin atau malas.Tak payah nak usaha lebih-lebih,buat je ape yang termampu.Paling penting gaji dapat tiap-tiap bulan. Engineer pulak tak payah nak cakap la.Gaji berpuluh-puluh ribu tapi nak dapat gaji banyak tu kena la usaha lebih.Kalau tak mane la dapat banyak tu.

3-Masa bekerja cleaner ni takde la teruk sangat.Bangun pagi pegi keje,petamg dah boleh balik.Balik pon ade van yang datang nak anta balik rumah.Kalau engineer,pagi kerja, malam belum tentu dah boleh balik.Dah la balik kena pandu sendiri kenderaan diorang.Kan serabut tu.

4-Untuk cleaner,ruang kerje diorang memang khas untuk diorang je.tak payah nak kena tukar-tukar tempat(kalau tukar pon masih dalam bangunan yang sama).Lain pulak engineer yang  ke hulu ke hilir nak tengok kawasan yang diorang nak guna, pegi sana sini periksa bahan .

5-Bende yang paling penting bagi gua dan jarang berlaku kat cleaner tapi banyak berlaku kat engineer.RASUAH.Ade ke korang tengok surat khabar atau televisyen yang citer pasal cleaner kena tangkap Badan Pencegah Rasuah(BPR) pasal makan rasuah.Masuk berita pasal diorang bagi rasuah lagi la gua tak pernah dengar. Kalau Berita pasal engineer makan rasuah banyak pulak walaupun jarang-jarang masuk tv dan surat kabar.

Itulah yang dapat gua simpulkan untuk hari ini.Mesti korang marah kalau baca ayat gua ni terutama para engineer dan juga bakal engineer.Satu je yang gua nak cakap"selamat beramal dan belajar rajin-rajin"

sekian.

Monday, 5 December 2011

BRO BRAPE DAPAT??

Hari ni hari yg gua nanti-nantikan.mane taknye,hari ni gua dapat markah untuk midterm MATH 5 gua.Berdebar-debar hati nak tunggu no giliran gua di panggil.maklom la,lecturer gua cakap 18 orang fail dalam exam ni.Tnggu punye tnggu angka giliran dipanggil ZERO NINE ZERO...ingat paper gua tapi paper membe sebelah rupenye.

Gua tanye membe kat tepi"brape ko dapat?".Membe gua dengan selambe jawab,"cukup-cukup makan je bro",dengan muke tersenyum lebar tambah dengan bangga.Muke menyampah gua balas kat membe gua.NINE ONE ZERO....mane boleh cakap angka giliran gua(bajet privasi).Nombor gua la tu."Mine sir"gua jawab kat lecterur gua.Gua tengok paper gua kemudian gua tutup balik.Membe gua kt sebelah tanye,"bro brape dapat?"dengan senyuman(gua tau senyuman beliau tak ikhlas).Gua dengan selambe(lagi selambe dari membe gua)"lebih-lebih makan bro",sambil tunjuk markah gua yang jauh tinggi daripada beliau.Senyuman sinis jelas terpampang kat muke gua yang tak hensem ni tande gua puas hati.



Sekian...



Saturday, 3 December 2011